APA ITU SOLAT?
Perkataan "Solat" bermaksud DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah.
Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam, iaitu:
Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam, iaitu:
Solat Asar sebanyak 4 rakaat
Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat
Solat Isyak sebanyak 4 rakaat
Solat Subuh sebanyak 2 rakaat
Solat Zohor sebanyak 4 rakaat
HUKUM BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.
Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
a) Menurut Abu Hanifah ; Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
b) Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal ; Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah
Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
DALIL YANG MEWAJIBKAN SOLAT
Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
1] ... maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa ... 103)
Hadis Rasulullah s.a.w :
1] Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat Baihaqi )
2] Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim)
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
Islam
Baligh
Berakal
WAKTU YANG DIMAKRUHKAN SOLAT TANPA SEBAB-SEBAB TERTENTU
Selepas solat subuh sehingga matahari naik.
Ketika matahari naik dengan kadar segalah
Ketika matahari berada tegak di atas kepala.
Selepas solat asar sehingga matahari jatuh.
Ketika matahari terbenam.
RUKUN SOLAT
Niat
Takbiratulihram
Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
Membaca surah al - Fatihah
Rukuk serta tamakninah
Iktidal
Sujud
Duduk di antara dua sujud
Duduk tahiyyat akhir
Membaca tahiyyat akhir
Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Salam pertama
Tertib
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
Meninggalkan salah satu daripada rukun solat.
Berkata-kata dengan sengaja.
Bergerak lebih daripada 3 kali berturut-turut.
Terkeluar sesuatu daripada qubul atau dubur.
Terdapat najis pada badan dan pakaian.
Aurat terbuka.
Mengubah niat solat.
Membelakangkan kiblat.
Makan walaupun sedikit.
Minum
Ketawa
Murtad
LATIHAN PEMANTAPAN :
a) Nyatakan pengertian solat dari segi bahasa dab istilah? (2 markah)
b) Nyatakan syarat-syarat sah solat? (5 markah)
c) Senaraikan 3 perkara yang membatalkan solat? (6 markah)
d) Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut :
i) Ali solat Fardhu Subuh tetapi tidak yakin masuk waktu.
ii) Yusuf tidak memalingkan mukanya ke kanan ketika memberi salam yang pertama.
No comments:
Post a Comment